Refleksologi

  
Kami menyediakan perkhidmatan REFLEKSOLOGI
terus ke rumah anda!

Adakah anda masih mencari-cari penawar di atas segala kesulitan dalam masalah kesihatan anda? Mungkin berubat secara alternatif mampu membantu & meringankan masalah kesihatan yang anda hadapi!


Selain anda mengamalkan ubatan moden, anda masih boleh berusaha merawat diri anda secara alternatif demi kesihatan yang lebih sihat dan bermakna.


Pihak kami menyediakan rawatan refleksologi terus ke rumah anda.  Bayaran servis yang dikenakan adalah seperti dinyatakan di bawah. Walau bagaimanapun, tempoh lebih masa (bayaran tambahan dikenakan) akan dilakukan di atas permintaan pesakit. Bayaran boleh dirunding.

BAYARAN
TEMPOH
RM35
40minit

Hanya RM35 untuk kesihatan yang lebih baik!
       
PERHATIAN:
Bayaran di atas tidak termasuk cas pengangkutan perawat ke rumah pesakit.
Cas tambahan RM10 (cas petrol kereta) dikenakan untuk rawatan ke rumah pesakit bagi kawasan sekitar Lembah Klang & Selangor.
Manakala cas bayaran kawasan selain daripada Lembah Klang & Selangor adalah di atas rundingan bersama.
Harap maklum.


Perlu diketahui bahawa refleksologi bukanlah pengubatan!
Dalam kaedah ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusukkan, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripada kesan sampingan. Di mana kebanyakannya bukan untuk menyembuhkan tetapi membenamkan penyakit.
Refleksologi bukan untuk mengubat penyakit, bukan untuk membenamkan penyakit tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul yang menjadi punca kepada penyakit. Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau sakit sudah hilang, ini bermakna masalah sudah selesai. Sakit/penyakit sudah sembuh.
Seorang ahli refleksologi sebenarnya adalah seorang mekanik yang akan cuba membetulkan setiap bahagian yang rosak dalam tubuh manusia. Oleh sebab itu, seorang pengamal refleksologi tidak hanya perlu tahu poin-poin refleksologi sahaja, tetapi ia harus mahir dengan selok-belok sistem tubuh manusia serta penyakit-penyakitnya. Beliau harus tahu penyebab terjadinya sakit atau penyakit. Bila ia tahu penyebabnya barulah matlamat refleksologi tercapai dengan sempurna, iaitu kesembuhan dari penyakit.

Pengertian
Refleksologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf yang ada di badan (tapak kaki/tangan), yang mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh yang berkaitan.

Titik Refleksologi

Kebaikan Refleksologi Terhadap Badan
Kaedah refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dalam memulihkan fungsi-fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri, yakni pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta      saraf-saraf yang terganggu atau rosak.
Apabila pengaliran darah di seluruh tubuh normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umum tujuan/manfaat refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu dalam keadaan sihat.

Cara Kerja
Sebagaimana diketahui bahawa darah mengalir dalam tubuh setiap masa. Bila jantung menguncup ianya memberi tekanan pada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal, iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh. Sebaliknya bila jantung mengembang darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke organ-organ pembuangan. Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing. Bila pengaliran darah ini lancer, maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal. Apabila ini berlaku, kebiasaannya individu itu berada dalam keadaan sihat.
Sebaliknya apabila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh (arteri) tidak lancer, maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut arteriosclerosis.
Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu maka seseorang itu akan sakit. Begitu juga sebaliknya bila darah balik (vena), yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya terjadilah penyakit. Penyakit terjadinya penyumbatan dalam salur darah balik(vena) ini disebut dengan istilah varicosevena.

Maka terapi refleksologi akan menanggalkan kotoran-kotoran penghalang pada salur darah pergi (arteri) sehingga darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya tanpa adanya halangan. Maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup, baik oksigen ataupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan berfungsi dan menjalankan kerjanya dengan sempurna. Ia juga akan menanggalkan kerjanya dengan sempurna. Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam salur darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid, samada karbondioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang, akan dapat disingkirkan dengan sempurna. Kotoran-kotoran ini akan tersingkir/dibuang melalui dengan empat cara berikut:
a)  Air kencing
b)  Pembuangan najis
c)  Peluh
d)  Pernafasan 

Apakah itu Sakit?
Menurut bahasa sakit bermakna tidak sihat tubuh badan atau organ-organ lainnya oleh satu atau beberapa sebab. Menurut istilah sakit bermakna rasa yang tidak menyenangkan, pedih, berdenyut, bengkak, salah urat, luka dan sebagainya.

Sebenarnya sakit/rasa sakit menunjukkan bahawa di bahagian yan berkenaan sedang ada masalah yang perlu diberi perhatian. Rasa sakit adalah siren kecemasan yang bertujuan memohon pertolongan dan minta bantuan. Rasa sakit itu sendiri biasanya dating bila gangguan itu sudah sampai ke peringkat yang agak serius. Sedangkan di peringkat awal gangguan belum mendatangkan rasa sakit lagi, tapi berkemungkinan baru terasa kebas, krem, lenguh, penat, letih, tidak bertenaga dan sebagainya.

Seorang pengamal refleksologi hendaklah tahu dan mengerti apa penyebab datangnya penyakit atau rasa sakit itu sendiri.


Penyebab Gangguan Tubuh/Penyakit
a) Gangguan dari luar
Ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti terlanggar, jatuh, terhantuk, dipukul, terluka, terbakar keracunan, urat saraf dan urat darah sempit, lebihan makan dan sebagainya.
b) Gangguan dari dalam
Ini boleh terjadi disebabkan perasaan cemas, takut, marah, tension, fikiran kacau, sakit hati, putus asa, kecewa dan sebagainya.

Baik disebabkan gangguan dari luar ataupun dalam, ianya sangat mempengaruhi perjalanan/pengaliran darah dalam tubuh yang menyebabkan perubahan kimia dalam badan.

Mengetahui Gejala Penyakit
Untuk mengatahui gejala penyakit dari kawasan refleksi adalah dengan cara menekan titik-titik poin dari organ-organ yang bersangkutan. Apabila terasa kelainan atau sedikit bengkak dan terasa sakit apabila ditekan, maka ia bermakna organ yang berkaitan sedang bermasalah atau sakit.
Jika kesakitan tidak seberapa ketika ditekan, maka ia menunjukkan bahawa penyakitnya tidak seberapa atau tidak serius.
Sebaliknya jika kesakitan yang melampau atau bengkak agak besar, ini menunjukkan bahawa penyakitnya agak serius atau telah berlangsung agak lama.  Jika kawasan refleksi yang ditekan tiada terasa bengkak dan sakit, ini bererti organ yang bekenaan dalam keadaan baik.
Jadi untuk mengetahui seseorang itu sihat dengan kaedah refleksologi ialah bila mana keseluruhan poin-poin refleksologi tidak menunjukkan sebarang bengkak atau sakit jika ditekan.


Reaksi Yang Mungkin Timbul
1. Kencing lebih kotor dan berbau lebih busuk kadangkala juga seakan-akan  berpasir.
2. Bahagian-bahagian tertentu dari anggota badan akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan  kemudian hilang dengan sendirinya atau berpindah ke tempat lain.
3. Rasa letih, lesu dan mengantuk.
4. Timbul gatal-gatal di kulit.
5. Najis cair dan berminyak
6. Kepala terasa sakit
7. Muntah-muntah
8. Buang angin yang berlebihan
9. Urat darah timbul
10.Peluh bertambah dan kadang kala agak likat
11.Rasa lebih ringan dan lebih cergas


Penyakit Yang Senang Disembuhkan
Sakit kepala, masalah buah pinggang, sakit lutut, kebas kaki/tangan, lenguh-lenguh, sembelit dan masalah jantung.

Petunjuk Kawasan Refleksologi Pelbagai Penyakit
A.  Penyakit kulit
1.     Jerawat: kalenjar adrenal, buah pinggang, salur kencing, liver, pundi hempedu
2.     Rambut gugur: kalenjar reproduksi, indung telur atau testis, kalenjar adrenal dan metabolisma
3.     Peradangan kulit: buah pinggang, salur kencing, kalenjar adrenal, kalenjar paratiroid, metabolisme

B.  Sistem Urinari
1.     Infeksi pundi kencing: salur kencing, pundi kencing khususnya kawasan refleksi kalenjar.
2.     Infeksi salur kencing: pundi kencing, salur kencing, kalenjar
3.     Sulit kencing: Pundi kencing, salur kencing
4.     Batu karang: Pundi kencing, salur kencing, kawasan refleksi lainnya
5.     Kencing terlepas control: buah pinggang, salur kencing, pundit kencing, rahim (rahim jatuh)
6.     Sakit gembur-gembur: buah pinggang, salur kencing, kalenjar adrenal, jantung, kawasan refleksi kalenjar.
C.  Sendi
1.     Infeksi dan sakit sendi: kawasan refleksi sendi terkait, buah pinggang, salur kencing, pundi kencing, kalenjar adrenal, kalenjar paratiroid.
2.     Reumatik : buah pinggang, salur kencing, kalenjar adrenal, kalenjar paratiroid, metabolisme, kawasan refleksi sendi yang berkaitan.

D.  Sistem kalenjar
1.     Kurang kalsium: kalenjar paratiroid
2.     Kuruskan badan: kalenjar tiroid, paratiroid(jaga makan)
3.     Gemukkan badan: kalenjar tiroid, perut, usus dan liver
4.     Tulang muda: paratiroid
5.     Pertumbuhan tidak seimbang: kalenjar bawah otak
6.     Kurus sebab gangguan kalenjar tiroid: kalenjar bawah otak   (kawal kalenjar tiroid)
7.     Kalenjar tiroid bengkak(mata bengkak): tiroid, kalenjar bawah otak.